Sunday, November 16, 2008

Adakah salah designer BMW atau Die Hard 4 yang menipu????

Sekejap tadi aku berfikir tentang teknology yang BMW telah ada pada masa kini... aku tengok dalam paper BMW dah mula letak night vision pada kereta diaa huhuhu... pasni ramai laa accident sebab nampak hantu kat jalan raya huhuhu... ape pun suka ati laa bagus jugak ada night vision tuu... aku tertarik dengan cara bagaimana BMW menghasilkan keretanya selepas menonton video "the manufacture of BMW E46" hampir 70 yang bekerja adalah robot... gambar di bawah ni menunjukkan night vision yang digunakan Pada BMW 5 series... kalau orang pun nampak macam lembaga putih hehehe...


Tibe2 aku terfikir pulak pasal BMW dalam cerita Mati keras 4 (die hard 4) di mana dalam cerita tersebut mamat hackers tu telah membuka air bag system BMW tersebut dengan hanya memukulnya dengan tong sampah... aku rasa perkara ni macam x relevan jerr... adakah BMW tersebut memang dia punya design macam tuuu... kalau macam tu aku rasa designer dia kurang cerdik kut...


Pada pemikiran aku sepatutnya untuk keluarkan air bag tersebut ianya haruslah ada dua keadaan serentak... kalau nak senang faham kita fikirkan pasat get dan logik... di mana get "AND" memainkan peranan dalam perkara ini.... sebagai contohnya apabila kereta tersebut bergerak melebihi 30 Km/jam dan sensor hentakan menerima isyarat barulah airbag tersebut diaktifkan... kalau nak diikutkan dalam cerita die hard tu nampaknya senang sangat laa orang nak buat naya kat pemilik BMW... sekadar pendapat...

1 comment:

naqiubex said...

Takde masalah.. boleh